Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mengumumkan pada Selasa lepas bahawa dia telah mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian di dalam pilihan raya presiden pada tahun depan di negara ini.
"Dalam rangka menaati saranan pemimpin revolusi, (saya mengumumkan bahawa) saya tidak mempunyai rancangan untuk bertanding di dalam pilihan raya tahun depan," katanya.
Surat itu tiba selepas pemimpin tertinggi Iran menyatakan pada hari Isnin lepas bahawa beliau telah "menasihatkan" seorang bakal calon untuk tidak mengambil bahagian di dalam pilihan raya tahun depan, tetapi pada masa yang sama menegaskan bahawa beliau "tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk larangan atau arahan" berkaitan dengan hal tersebut.
"Saya tidak mengarahkannya untuk tidak mengambil bahagian, saya cuma berkata bahawa pencalonan beliau bukanlah sesuatu yang baik buat dirinya sendiri mahupun negara," kata Ayatollah Khamenei.
Iran seperti yang dirancang, akan mengadakan pilihan raya presiden pada Mei tahun hadapan. Pilihan raya tersebut merupakan peluang buat Presiden Hassan Rouhani untuk mengekalkan jawatannya buat penggal yang kedua.
Majlis Pengawal Perlembagaan (Syura-ye Hegahban) -sebuah badan yang terdiri daripada para ulama dan pakar perundangan- yang menyelia pilihan raya presiden di Iran, berkata dalam sepucuk surat kepada Kementerian Dalam Negeri pada Julai lepas bahawa ia telah bersetuju dengan tarikh 19 Mei 2017 sebagai tarikh pilihan raya seperti yang dicadangkan oleh kementerian tersebut.
Ahmadinejad umum untuk tidak bertanding setelah dinasihati oleh pemimpin tertinggi Iran.
Ahmadinejad Umum Tidak Bertanding Di Dalam Pilihan Raya 2017
28 September 2016 - 04:26
News ID: 781923
Bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mengumumkan pada Selasa lepas bahawa dia telah mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian di dalam pilihan raya presiden pada tahun depan di negara ini.